Penulis : NUR IZYAN IZZATI BT ZAZALI (193454)
Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran ahli sejarah pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama(C.Sachs). Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk tradisional mahupun kontemporari. Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian. Tarian tradisional pula walaupun di telan zaman, ia masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis kenamaan.
Mahupun begitu, tarian tradisional sering dihubungkaitkan dengan semanngat ritual dan mistik. Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini. Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik. Tarian dan muzik bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan. Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar ia tidak ditelan zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan