Isnin, 30 Ogos 2010

~TARIAN KONTEMPORARI~

Penulis: NURUL IZZATY BT AHMAD (206787)

TARIAN SHUFFLE
Shuffle bermaksud sejenis tarian yang menggelungsur kaki dengan diiringi rentak muzik tekno. Ianya bermula era 1980an dan berasal dari Melbourne, Australia. Namun di Malaysia, tarian ini  diolah dengan kreativiti dan identiti anak muda tempatan.

TARIAN BREAKDANCE
Tarian ini  bermula di Bronx, New York pada era 1970an. Tarian ini memerlukan momentum, kekuatan, keseimbangan badan dan kreativti yang tinggi serta memiliki muzik dimana ia dikawal oleh seorang DJ. Penari lelaki digelar 'b-boying' dan penari perempuan  pula dipanggil 'b-girling'.

TARIAN HIP HOP
Tarian in bermula era 1970an dan dikembangkan oleh masyarakat Afro-Amerika dan Latin-Amerika. Bunyi ‘hip hop’ pula merupakan tiruan bunyian hentakan kaki tentera serta diisi juga dengan tarian patah-patah yang dikenali sebagai breakdance.





~LANGKAH-LANGKAH MEMPERKENALKAN TARIAN TRADISIONAL~

Penulis: SYAHFEZAH BT SAIIDIN (204545)

1. KERAJAAN
Penubuhan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan yang bertujuan untuk menyatukan dasar dan program bagi menggiatkan lagi budaya,seni,warisan negara.
Menganjurkan festival kesenian dan kebudayaan Malaysia. Contohnya,Citrawarna Malaysia dan Sambutan Bulan Kemerdekaan.

2.  INSTITUSI PENDIDIKAN
  Penubuhan kelab kebudayaan untuk para mahasiswa bergiat aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta memupuk bakat kesenian yang ada dalam diri mahasiswa. Contohnya, penubuhan Pusat Budaya dan Seni di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Penubuhan khas Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang menawarkan pengajian dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Penubuhan akedemi ini bertujuan untuk memperkasakan lagi warisan budaya.

3. PERANAN MEDIA DAN PENGGIAT FILEM
Peranan media massa dan media cetak perlu aktif menyiarkan setiap pertunjukan kesenian dan kebudayaan kepada masyarakat terutamanya dalam akhbar dan juga majalah.
Menerapkan tarian-tarian tradisi dalam filem untuk dikormesialkan. Contohnya, inisiatif daripada pengarah filem Pontianak Harum Sundal Malam 2, Suhaimi Baba menerapkan elemen tarian kuda kepang di dalam pembikinan filemnya.


Rabu, 25 Ogos 2010

~ARTIKEL BERKAITAN TARIAN~

Penulis:  NURUL LYANA ATIQAH BTE MOHD ALI JANNAH (206797)

PUTRAJAYA Sept. 21 – Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berasa pelik dengan sikap media Indonesia yang enggan menerima penjelasan akan isu tarian Pendet yang telah mencetuskan insiden anti-Malaysia di negara itu.Sebaliknya, para pemberita Indonesia terus mengulangi isu itu di surat khabar, kata beliau kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia telah pun menerima penjelasan Discovery Channel mengenai kontroversi tarian Pendet itu dan penjelasan itu juga telah disampaikan kepada kerajaan Indonesia dan mereka juga telah menerima penjelasan itu.Beliau berkata, Malaysia tidak pernah mengakui tarian Pendet itu adalah tarian Malaysia dan ianya adalah kesilapan pihak Discovery Channel.Anifah berkata beliau telah membuat penjelasan dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Indonesia, Hassan Wirajuda pada Khamis lalu.
Beliau berharap selepas pertemuan itu, yang telah berjalan dengan baik, segala masalah yang dihadapi oleh kedua-dua negara akan dapat diselesaikan dalam cara yang terbaik.“Saya telah perjelaskan dalam sidang akhbar (di Indonesia) bahawa Malaysia tidak ada masalah dengan Indonesia,” katanya.Pertemuan dengan Hassan Wirajuda itu adalah berikutan insiden anti-Malaysia dan laporan media yang negatif terhadap Malaysia di republik berkenaan. – BERNAMA

Selasa, 10 Ogos 2010

~PENGENALAN~

Penulis : NUR IZYAN IZZATI BT ZAZALI (193454)
      
      Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran ahli sejarah pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama(C.Sachs).  Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia. 
       Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk tradisional mahupun kontemporari.  Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian.  Tarian tradisional pula walaupun di telan zaman, ia masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis kenamaan.
      Mahupun begitu, tarian tradisional sering dihubungkaitkan dengan semanngat ritual dan mistik.  Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini.  Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik.  Tarian dan muzik bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan.  Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar ia tidak ditelan zaman.

~TARIAN TRADISIONAL~

Penulis : SHAKINA BINTI SAMSUDIN (207178)
TARIAN ZAPIN
Tarian zapin berasal daripada Arab-Parsi dan diilhamkan daripada perkataan al-zafn yang membawa maksud gerak kaki. Terdapat tiga peringkat iaitu peringkat pertama ialah permukaan tarian atau pembukaan tari, peringkat kedua pula melibatkan pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga pula merupakan penutup tarian.Para penari pula terdiri daripada penari lelaki dan perempuan serta berpakaian melayu.
TARIAN SINGA
Tarian Singa merupakan tarian tradisional masyarakat Cina dan terbahagi kepada dua iaitu Tarian Singa Utara  dan Tarian Singa Selatan. Kostum singa ini dimainkan oleh dua penari iaitu seorang bermain di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangannya akan bermain di bahagian belakang .
TARIAN BHARATA NATYAM
Tarian Bharata Natyam berasal daripada India, melibatkan beberapa gerakan seperti gerakan tangan, kaki dan juga mata. Ianya dipersembahkan oleh seorang penari wanita dan memiliki enam peringkat iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Ianya memiliki unsur keagamaan Hindu dan dipetik daripada naskah Sanskrit Natyashastra.

~OBJEKTIF TARIAN~

Penulis : CHUA KHENG YONG (206816)

• Membantu mengembangkan seni budaya dan warisan kepada golongan remaja dan masyarakat supaya warisan ini diteruskan oleh generasi muda.

• Merakyatkan seni budaya dan warisan ke peringkat akar umbi

• Mengembalikan kegemilangan seni tarian tradisional dan etnik

• Membantu pihak kerajaan dalam menangani masalah sosial

• Memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan di kalangan remaja dan masyarakat

• Memberi bimbingan dan galakan yang berterusan kepada remaja dalam industri budaya

• Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin

• Sebagai altenatif untuk mengisi masa lapang masyarakat.

~KEPENTINGAN TARIAN~

Penulis : NORSYAKIRAH BT ABDUL AZIZ (206810)
        Tarian merupakan salah satu tarikan pelancongan.Gerak tarian yang dipersembahkan oleh penarinya menarik perhatian para pelancong asing terutamanya pelancong dari asia barat. Antara tarian yang popular di Malaysia ialah tarian mak yung, tarian zapin, kuda kepang, tarian bhrata natyam, tarian singa dan sebagainya.
       Tarian juga boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan supaya tarian ini tidak lapuk ditelan dek zaman. Latihan ini boleh diselitkan dalam sistem pendidikan menerusi aktiviti kokurikulum disekolah. Kesemua ini akan memberi peluang kepada generasi baru mengenali tarian kaum majoriti dan minoriti di Malaysia disamping memberi peluang kepada yang berminat mencuba tarian-tarian tersebut. Oleh demikian seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana "tak kenal maka tak cinta".


~KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TARIAN~

Penulis : NURUL AIDA BT BUNADIR (206705)

KEBAIKAN TARIAN
Dapat menyihatkan tubuh badan
Tarian poco-poco dilihat seumpama melakukan senaman dengan mengeluarkan peluh disamping dapat menurunkan berat badan kerana ianya dianggap sebagai senaman aerobik.
Dapat meningkatkan imej negara
Tarian juga dapat menarik perhatian dan minat para pelancong untuk melancong kerana terdapat pelbagai budaya yang dapat ditonjolkan melalui tarian.
Dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat setempat
Tarian merupakan alternatif yang terbaik yang  boleh digunakan untuk memupuk perpaduan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dapat memperkenalkan setiap tariannya agar mereka boleh mengenali setiap budaya kaum-kaum yang ada di Malaysia.

KEBURUKAN TARIAN
Tarian tradisional terutamanya tarian kuda kepang menyebabkan seseorang penari itu mabuk atau khayal kerana terlalu taksub dengan semangat tarian ini, menyebabkan mabuk dan pengsan serta mengandungi unsur-unsur syirik didalamnya.
Dalam tarian moden, terdapat beberapa unsur negatif dalam diri remaja seperti ponteng kelas dan kekurangan disiplin diri kerana mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan sesuatu yang baru.

~IMPAK TARIAN DALAM KEHIDUPAN SEMASA~

Penulis : SITI SYARAH BT ISMAIL (206811)
>PENGHARAMAN TARIAN KUDA KEPANG
Tarian kuda kepang mengandungi unsur-unsur spiritual yang boleh mengkhayalkan si penari apabila menari tarian ini dan terdapat unsur-unsur tahyul dan khurafat yang mungkin boleh menyesatkan penari.
>ISU MENGENAI TARIAN POCO-POCO
Terdapat beberapa pandangan sesetengah pihak mengatakan bahawa tarian ini adalah haram dan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan dalam islam kerana melibatkan percampuran antara kaum lelaki dan wanita apabila menari tarian ini. Ia dilaksanakan ditempat yang terbuka, terdapat kaum wanita yang tidak menutup aurat serta memasang lagu yang mengandungi unsur-unsur keterlaluan dan melalaikan. Selain itu juga, tarian ini dikatakan mempunyai perlambangan  agama kristian.
>ISU BUDAYA BARAT
Tarian moden yang dibawa oleh budaya Barat semakin berkembang ke serata dunia. Namun terdapat beberapa keburukan seperti penularan budaya "kuning" kepada masyarakat khususnya remaja. Ini kerana remaja yang terlibat dengan tarian Barat seperti Hip-Hop, Breakdance, Shuffle dan sebagainya mudah terjebak dengan perkara-perkara negatif yang membawa keburukan dalam diri seseorang itu. Contohnya, remaja yang menyertai tarian jalanan akan mula melepak di tepi-tepi jalan selain menyumbang peningkatan pelajar yang akan ponteng kelas atau sekolah.

~KESIMPULAN~

Penulis : MASAYUFAZLIN BT LATAWAK (206789)
            
             Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis tarian di serata dunia dimana ia menonjolkan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa. Oleh itu, tarian perlulah dijaga keseniannya agar generasi akan datang dapat mengenali dan mempelajari tarian secara mendalam dan tarian tradisional pula tidak akan dilupakan oleh masyarakat akan datang. Tarian juga mencerminkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat yang berbilang kaum.
            Pada era modenisasi sikap manusia yang mengagungkan budaya barat menyebabkan tarian tradisional semakin ditelan zaman. Generasi muda sekarang tidak lagi pandai untuk menarikan tarian tradisional seperti mana mereka menarikan tarian moden.  Kesannya, tarian tradisional kian ditelan zaman dan kurang mendapat perhatian. Cuba kita lihat pada masa kini sukar untuk kita melihat tarian tradisional ditarikan kecuali dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis-majlis kebudayaan.
            Sudah menjadi tanggungjawab generasi muda untuk memperkembangkan tarian tradisional dimata dunia supaya ianya dikenali ramai. Tidak semua tarian baik untuk masyarakat khususnya masyarakat melayu, contohnya tarian poco-poco yang dikatakan haram untuk ditarikan namun sebaliknya jika untuk senaman. Oleh itu, diharap tarian tradisional ini akan terus ditarikan oleh generasi muda tanpa malu supaya tidak ditelan zaman serta dapat memartabatkan nama negara kita dipersada dunia.