Isnin, 30 Ogos 2010

~TARIAN KONTEMPORARI~

Penulis: NURUL IZZATY BT AHMAD (206787)

TARIAN SHUFFLE
Shuffle bermaksud sejenis tarian yang menggelungsur kaki dengan diiringi rentak muzik tekno. Ianya bermula era 1980an dan berasal dari Melbourne, Australia. Namun di Malaysia, tarian ini  diolah dengan kreativiti dan identiti anak muda tempatan.

TARIAN BREAKDANCE
Tarian ini  bermula di Bronx, New York pada era 1970an. Tarian ini memerlukan momentum, kekuatan, keseimbangan badan dan kreativti yang tinggi serta memiliki muzik dimana ia dikawal oleh seorang DJ. Penari lelaki digelar 'b-boying' dan penari perempuan  pula dipanggil 'b-girling'.

TARIAN HIP HOP
Tarian in bermula era 1970an dan dikembangkan oleh masyarakat Afro-Amerika dan Latin-Amerika. Bunyi ‘hip hop’ pula merupakan tiruan bunyian hentakan kaki tentera serta diisi juga dengan tarian patah-patah yang dikenali sebagai breakdance.





~LANGKAH-LANGKAH MEMPERKENALKAN TARIAN TRADISIONAL~

Penulis: SYAHFEZAH BT SAIIDIN (204545)

1. KERAJAAN
Penubuhan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan yang bertujuan untuk menyatukan dasar dan program bagi menggiatkan lagi budaya,seni,warisan negara.
Menganjurkan festival kesenian dan kebudayaan Malaysia. Contohnya,Citrawarna Malaysia dan Sambutan Bulan Kemerdekaan.

2.  INSTITUSI PENDIDIKAN
  Penubuhan kelab kebudayaan untuk para mahasiswa bergiat aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta memupuk bakat kesenian yang ada dalam diri mahasiswa. Contohnya, penubuhan Pusat Budaya dan Seni di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Penubuhan khas Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang menawarkan pengajian dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Penubuhan akedemi ini bertujuan untuk memperkasakan lagi warisan budaya.

3. PERANAN MEDIA DAN PENGGIAT FILEM
Peranan media massa dan media cetak perlu aktif menyiarkan setiap pertunjukan kesenian dan kebudayaan kepada masyarakat terutamanya dalam akhbar dan juga majalah.
Menerapkan tarian-tarian tradisi dalam filem untuk dikormesialkan. Contohnya, inisiatif daripada pengarah filem Pontianak Harum Sundal Malam 2, Suhaimi Baba menerapkan elemen tarian kuda kepang di dalam pembikinan filemnya.


Rabu, 25 Ogos 2010

~ARTIKEL BERKAITAN TARIAN~

Penulis:  NURUL LYANA ATIQAH BTE MOHD ALI JANNAH (206797)

PUTRAJAYA Sept. 21 – Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berasa pelik dengan sikap media Indonesia yang enggan menerima penjelasan akan isu tarian Pendet yang telah mencetuskan insiden anti-Malaysia di negara itu.Sebaliknya, para pemberita Indonesia terus mengulangi isu itu di surat khabar, kata beliau kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia telah pun menerima penjelasan Discovery Channel mengenai kontroversi tarian Pendet itu dan penjelasan itu juga telah disampaikan kepada kerajaan Indonesia dan mereka juga telah menerima penjelasan itu.Beliau berkata, Malaysia tidak pernah mengakui tarian Pendet itu adalah tarian Malaysia dan ianya adalah kesilapan pihak Discovery Channel.Anifah berkata beliau telah membuat penjelasan dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Indonesia, Hassan Wirajuda pada Khamis lalu.
Beliau berharap selepas pertemuan itu, yang telah berjalan dengan baik, segala masalah yang dihadapi oleh kedua-dua negara akan dapat diselesaikan dalam cara yang terbaik.“Saya telah perjelaskan dalam sidang akhbar (di Indonesia) bahawa Malaysia tidak ada masalah dengan Indonesia,” katanya.Pertemuan dengan Hassan Wirajuda itu adalah berikutan insiden anti-Malaysia dan laporan media yang negatif terhadap Malaysia di republik berkenaan. – BERNAMA

Selasa, 10 Ogos 2010

~PENGENALAN~

Penulis : NUR IZYAN IZZATI BT ZAZALI (193454)
      
      Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran ahli sejarah pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama(C.Sachs).  Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia. 
       Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk tradisional mahupun kontemporari.  Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian.  Tarian tradisional pula walaupun di telan zaman, ia masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis kenamaan.
      Mahupun begitu, tarian tradisional sering dihubungkaitkan dengan semanngat ritual dan mistik.  Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini.  Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik.  Tarian dan muzik bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan.  Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar ia tidak ditelan zaman.

~TARIAN TRADISIONAL~

Penulis : SHAKINA BINTI SAMSUDIN (207178)
TARIAN ZAPIN
Tarian zapin berasal daripada Arab-Parsi dan diilhamkan daripada perkataan al-zafn yang membawa maksud gerak kaki. Terdapat tiga peringkat iaitu peringkat pertama ialah permukaan tarian atau pembukaan tari, peringkat kedua pula melibatkan pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga pula merupakan penutup tarian.Para penari pula terdiri daripada penari lelaki dan perempuan serta berpakaian melayu.
TARIAN SINGA
Tarian Singa merupakan tarian tradisional masyarakat Cina dan terbahagi kepada dua iaitu Tarian Singa Utara  dan Tarian Singa Selatan. Kostum singa ini dimainkan oleh dua penari iaitu seorang bermain di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangannya akan bermain di bahagian belakang .
TARIAN BHARATA NATYAM
Tarian Bharata Natyam berasal daripada India, melibatkan beberapa gerakan seperti gerakan tangan, kaki dan juga mata. Ianya dipersembahkan oleh seorang penari wanita dan memiliki enam peringkat iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Ianya memiliki unsur keagamaan Hindu dan dipetik daripada naskah Sanskrit Natyashastra.