Selasa, 10 Ogos 2010

~TARIAN TRADISIONAL~

Penulis : SHAKINA BINTI SAMSUDIN (207178)
TARIAN ZAPIN
Tarian zapin berasal daripada Arab-Parsi dan diilhamkan daripada perkataan al-zafn yang membawa maksud gerak kaki. Terdapat tiga peringkat iaitu peringkat pertama ialah permukaan tarian atau pembukaan tari, peringkat kedua pula melibatkan pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga pula merupakan penutup tarian.Para penari pula terdiri daripada penari lelaki dan perempuan serta berpakaian melayu.
TARIAN SINGA
Tarian Singa merupakan tarian tradisional masyarakat Cina dan terbahagi kepada dua iaitu Tarian Singa Utara  dan Tarian Singa Selatan. Kostum singa ini dimainkan oleh dua penari iaitu seorang bermain di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangannya akan bermain di bahagian belakang .
TARIAN BHARATA NATYAM
Tarian Bharata Natyam berasal daripada India, melibatkan beberapa gerakan seperti gerakan tangan, kaki dan juga mata. Ianya dipersembahkan oleh seorang penari wanita dan memiliki enam peringkat iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Ianya memiliki unsur keagamaan Hindu dan dipetik daripada naskah Sanskrit Natyashastra.

Tiada ulasan: