Selasa, 10 Ogos 2010

~KESIMPULAN~

Penulis : MASAYUFAZLIN BT LATAWAK (206789)
            
             Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis tarian di serata dunia dimana ia menonjolkan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa. Oleh itu, tarian perlulah dijaga keseniannya agar generasi akan datang dapat mengenali dan mempelajari tarian secara mendalam dan tarian tradisional pula tidak akan dilupakan oleh masyarakat akan datang. Tarian juga mencerminkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat yang berbilang kaum.
            Pada era modenisasi sikap manusia yang mengagungkan budaya barat menyebabkan tarian tradisional semakin ditelan zaman. Generasi muda sekarang tidak lagi pandai untuk menarikan tarian tradisional seperti mana mereka menarikan tarian moden.  Kesannya, tarian tradisional kian ditelan zaman dan kurang mendapat perhatian. Cuba kita lihat pada masa kini sukar untuk kita melihat tarian tradisional ditarikan kecuali dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis-majlis kebudayaan.
            Sudah menjadi tanggungjawab generasi muda untuk memperkembangkan tarian tradisional dimata dunia supaya ianya dikenali ramai. Tidak semua tarian baik untuk masyarakat khususnya masyarakat melayu, contohnya tarian poco-poco yang dikatakan haram untuk ditarikan namun sebaliknya jika untuk senaman. Oleh itu, diharap tarian tradisional ini akan terus ditarikan oleh generasi muda tanpa malu supaya tidak ditelan zaman serta dapat memartabatkan nama negara kita dipersada dunia. 

Tiada ulasan: